02 September 2018

ISMAIL IZZANI: ARA MINTA BERSABAR - HAQIEM DIBELAKANGNYA


Nama penyanyi remaja Ismail Izzani dan pelakon Zarina Ann Joulie kini semakin hangat diperkatakan selepas kontroversi foto memperlihatkan selebriti tersebut seakan-akan berpeluk.





Perkara itu ukan hanya mendapat perhatian netizen malah ia turut mengundang simpati rakan selebriti.

Antaranya ialah penyanyi Ara Johari dan Haqiem Rusli yang meluahkan rasa kasihan dan mengharapkan Ismail bersabar dan kuat berdepan kontroversi itu.

Menurut Ara, dia terkejut apabila mengetahui mengenainya di laman sosial pada malam Jumaat lalu. Penyanyi lagu 'Bunga' ini berkata dia ada menghubungi Ismail dan memintanya bersabar menghadapi ujian itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya terkejut bila dapat tahu tentang gambar yang viral itu dan memberikannya nasihat serta sokongan melalui panggilan telefon.

"Saya memang rapat dengan Ismail tapi tak pernah campur urusan peribadinya, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya.

"Cuma saya minta dia banyakkan bersabar dan anggap itu sebagai ujian... benda pun dah jadi, tak boleh nak buat apa-apa," katanya yang merupakan teman rapat penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu.

Sementara itu, Haqiem pula menulis kata-kata sokongan kepada Ismail menerusi laman Twitter.



"Terus kuat brother, saya ada dibelakang kamu," tulis Haqiem di laman tersebut pada malam Jumaat.

Rata-rata pengikut memuji tindakannya menyatakan sokongan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sabar' itu.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Ismail Izzani memohon maaf kepada keluarga dan pihak pengurusannya serta meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

Foto tersebut menjadi tular selepas ia dikongsi oleh sahabat Zarina iaitu pelakon Fathia Latiff.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: