02 September 2018

TAHNIAH - AZIZ M. OSMAN TIMANG BABY MERDEKA LAGI


"31 Ogos 2018 10.23 pm... Alhamdulillah 😌," demikian tulis pengarah filem, Aziz M. Osman apabila isterinya, Puteri Lily Lokman selamat melahirkan cahaya mata mereka sempena Hari Kebangsaan kelmarin.





Berita gembira yang dikongsi oleh pengarah filem 'XXY' menerusi akaun Instagram (IG) miliknya turut menyertakan gambar wajah isterinya bersama bayinya yang dikaburkan sedikit.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz yang juga lahir pada hari merdeka tahun 2011.

Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber: Instagram Aziz M. Osman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: