02 September 2018

"TAK KAN NAK GUGURKAN, DOAKAN TERBAIK" - ZIZIE IZETTE


"Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkakan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan.





"Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali," ujar pelakon Zizie Ezette, 39, yang mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil dan melahirkan bayi dengan kaedah pembedahan sekali lagi.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie memberitahu kandungannya kini sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil. Dia turut memuatnaik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, menjawab soalan netizen berkaitan risiko terhadap kandungannya yang masih terlalu awal, Zizie berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar berkaitan hal itu.

"Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi. Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja," katanya.

Aktres itu pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.

Zizie yang berkahwin dengan Bung, 58, pada 2009 itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Zizie Izette


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: