19 September 2018

DATUK VIDA - BOY IMAN PERTAHANKAN, NASIHAT NETIZEN


Nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai apabila terpalit dengan beberapa kontroversi panas.





Bermula dengan dakwaan menghadiahkan berlian palsu kepada penyanyi Aishah, kemudian timbul pula isu 'Lavida Coin' yang diharamkan oleh Bank Negara Malaysia.

Walaupun pelbagai kecaman dan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya, masih ada individu yang ingin mempertahankan DSV iaitu Boy Iman.

Menerusi laman Instagram, Boy memuatnaik kenyataan meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang mudah menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, orang ramai sepatutnya menutup segala aib DSV dan memberikan kata-kata semangat kepada jutawan itu ketika beliau sedang dilanda kesusahan, bukannya menokok tambah cerita fitnah.

Klik untuk gambar besar


Katanya lagi, bukan mudah untuk mengecap kejayaan yang dimiliki oleh DSV. Boy juga memberitahu beliau sudah menganggap DSV seperti ibunya kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

Turut didedahkan sikap DSV yang sangat baik hati dan suka membantu orang lain untuk sama-sama berjaya sepertinya. Dalam pada itu Boy turut meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan fitnah mengenai DSV.

Terdahulu, 'Lavida Coin' telah disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web mempromosikan pelaburan itu juga haram dan tidak diiktiraf.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan promosi berkaitan 'Lavida Coin'.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: