19 September 2018

'DATUK' - JAAFAR ONN NAFI DARI ISTANA TAPI PANGGILAN


"Di usia 68 tahun ini ramai yang memanggil saya dengan panggilan datuk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sudah dianggap seperti cucu saya.





"Saya akui pernah ditawarkan gelaran Datuk lima tahun lalu, tapi terpaksa menolak pelawaan itu kerana belum layak menerima anugerah sebegitu besar," kata pelakon dan pengacara Jaafar Onn.

Jaafar menjelaskan perkataan 'Datuk' yang tertera pada kad jemputan bukan gelaran anugerah daripada pihak istana sebaliknya sekadar panggilan orang ramai terhadap dirinya.

Mengulas lanjut, katanya, sekiranya sudah bersedia memegang status Datuk, dia sendiri akan bertemu dan menerimanya tanpa membeli anugerah itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya ingin menerima anugerah itu dengan cara yang telus. Saya tidak akan sesekali membeli gelaran Datuk daripada sesiapa.

"Sekiranya sudah bersedia nanti, saya akan menerimanya. Bagaimanapun, saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi negeri mana yang ingin menganugerahkan gelaran Datuk ini," ujarnya.

Terdahulu, timbul tanda tanya mengenai status Datuk pada nama pengacara itu yang digunakan dalam sebuah kad jemputan.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: