19 September 2018

"I KENA TEMPIAS... DAMN" - 'KEMBAR' AERIL ZAFREL


Sejak beberapa hari lalu, sekeping gambar bogel mirip wajah pelakon Aeril Zafrel telah tersebar di laman sosial dan ambar yang menunjukkan keseluruhan tubuh seorang lelaki termasuk alat kemaluannya itu mendapat perhatian ramai.





Namun Aeril sendiri menerusi akaun Instagramnya (IG) telah tampil menafikan sekeras kerasnya bahawa individu di dalam foto tersebut bukan dia.

Terbaharu, seorang lelaki berwajah mirip suami kepada Wawa Zainal itu tampil memberitahu dia turut terkena tempias gambar tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dikenali sebagai Fattah Abdul, individu itu memberitahu perkara tersebut menerusi IG miliknya.

"Aeril Zafrel, I kena tempias gambar bogel tu. Damn," tulisnya pada entri tersebut sebelum dipadamkannya.

Wajah lelaki yang difahamkan seorang pereka fesyen itu dikatakan hampir serupa dengan Aeril, malah penampilan berjambang juga sama.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: