12 September 2018

DATUK VIDA DIMINTA BERHENTI MENIPU, GUNA AGAMA


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sejak kebelakangan ini sering dilanda kontroversi yang tidak berkesudahan, bermula dengan isu hadiah barangan kemas didakwa palsu sehingga timbul pula satu lagi isu mengenai Lavida Coin yang diumumkan haram oleh Bank Negara Malaysia.





Baru-baru ini, Datuk Vida memuatnaik video di Instagram miliknya beliau telah menjemput 500 orang anak yatim dari Yala, Thailand dan mengadakan majlis solat hajat untuk memberikan kekuatan serta memudahkan usahanya.

Video tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada segelintir netizen meminta agar jutawan itu berhenti menipu dan tidak mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya.

Klik untuk gambar besar


Ada juga netizen mendakwa sikap suka menipu Datuk Vida menyebabkan jodohnya sebelum ini tidak kekal lama.

Semalam menerusi Instagram, Datuk Vida kongsikan kenyataan buat masa ini pihaknya memberhentikan aktiviti promosi Lavida Coin sepanjang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuat penilitian lanjut.

Isu berkaitan Lavida Coin ini hangat diperkatakan apabila Vida sendiri mahu menukar hadiah rantai yang didakwa palsu oleh juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) iaitu penyanyi Aisyah.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: