"Minta tolong sesiapa yang kenal minah pengkid ini, DM (mesej peribadi) aku. Dia and the gang buat skim penipuan investment RM1,000 dan RM1 juta.

"Kepala otak dia," tulis penyanyi Amy Search yang sedang mencari seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan penipuan membabitkan pelaburan wang haram.
Menurut Amy, wanita itu bersama beberapa orang teman telah mewujudkan skim pelaburan yang disifatkan tidak masuk akal.
Penyanyi lagu 'Isabella' ini berkongsi mengenai hal itu menerusi laman Instagramnya pada hari ini.
Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Amy turut meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa penipuan tersebut segera menghubunginya.
Malah, dia berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap kegiatan tidak bermoral itu.
"Jangan percaya dengan skim ini, sesiapa yang pernah terkena sila DM aku. Mohon pihak berkuasa siasat dan jangan jadikan orang Melayu kita mangsa sindiket kumpulan wang haram yang berleluasa.
"Awas... hati-hati dengan skim ini," katanya yang turut memuatnaik bersama lampiran maklumat berkaitan penipuan tersebut.

www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment