27 September 2018

DIDAKWA KEKASIH BARU FATHIA - ALI REZA TAMPIL NAFI


Kisah percintaan Fathia Latiff masih lagi menjadi tumpuan ramai walaupun sedang dihimpit beberapa kontroversi hangat. Kali ini, beliau dikhabarkan sudah ada kekasih baru.





Fathia dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang aktor muda dan pernah memuatnaik foto mereka bersama di akaun Instagramnya sebelum ini. Namun, tidak lama selepas itu beliau memadam foto tersebut.

Jejaka tersebut dikenali sebagai Ali Reza dan mereka sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun, Ali menjelaskan hubungan beliau dan Fathia tidak lebih dari sekadar sahabat.

Kata pelakon kacak itu lagi, mereka kembali berhubung selepas terputus hubungan selama lapan bulan.

Klik untuk gambar besar


"Sejujurnya saya berkawan dengan Fathia. Kami dikenalkan satu sama lain oleh Bill Bora. Sepatutnya kami ada berlakon drama bersama. Tetapi tidak jadi.

"Kami kembali berhubung selepas dia melihat Insta Story saya. Selepas itu saya mesej dia dan bertanya khabar. Dia seorang yang sangat kelakar dan suka bercakap," jelasnya bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak.

Baru berusia 21 tahun dan masih lagi ingin menapak dalam industri hiburan, Ali tidak mahu namamya terus dikaitkan bercinta dengan Fathia dan hanya ingin memberikan fokus terhadap karier seninya.




www.myartis.com / Sumber: SURIA FM


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: