Isu mengenai cara dakwah Pencetus Ummah (PU) sering sahaja dipersoalkan oleh sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Ada yang kurang bersetuju dengan kata-kata 'pedas' beberapa PU dan menganggap pendekatan yang agak lantang tidak semestinya boleh membuatkan seseorang itu berubah.
Malah, pelakon berbakat besar, Noorkhiriah juga ada meluahkan perasaan geram terhadap seorang PU yang dikatakan sering mencari kesalahan dan tidak berpuas hati dengan golongan selebriti.
Klik untuk gambar besar

Buat pelakon drama 'Nur' itu, tidak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak jika berlakunya sebarang kejadian.
Menurut Khiriah, apa yang beliau katakan itu hanyalah pandangan peribadinya dan memohon maaf sekiranya luahan beliau itu menimbulkan rasa tidak puas hati ataupun membuatkan PU tersinggung.
Bagaimanapun, tidak pasti PU mana yang dimaksudkan oleh Khiriah dan beliau juga sudah memadam status tersebut daripada akaun Instagramnya.
www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan
________________________

No comments:
Post a Comment