28 September 2018
BILA SYATILLA TERINGIN BABY GIRL 'MATA HIJAU'
"Tolong doa adik Syeriv perempuan pastu muka sama Syeriv pastu rambut lebat pastu bulu mata panjang pastu kulit sama Syeriv pastu mata hijau, amin bye @syerivsamheizy," tulis pelakon Syatilla Melvin dalam bentuk gurauan.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam yang kini sedang hamil anak kedua itu menyatakan hasratnya menerusi satu posting di akaun Instagram (IG)nya.
Entri Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, itu mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya.
Rata-rata terhibur dengan kapsyen mencuit hati tersebut dan mendoakan hasrat Syatilla untuk mendapat anak perempuan menjadi kenyataan.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga ada yang mengusik ibu kepada Syeriv Samheizy itu kerana mengimpikan anak perempuannya memiliki mata berwarna hijau.
"Tu dia mak hang melampau mata hijau hahah," tulis @liyana_smallstall - "Adoi lawak la @samtilla Amin mudah-mudahan adik MatYip comei-secomeinya," coret @ina8324
Untuk makluman, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment