28 September 2018

FATTAH AMIN TIPU DUIT & ANIAYA AGEN PRODUK SENDIRI?


Pelakon Fattah Amin beberapa bulan lalu telah mengusahakan sebuah cafe sebelum mengorak langkah untuk bergelar usahawan berjaya dengan mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox dibawah syarikat miliknya MRP International SDN BHD.





Sama seperti perniagaan lain, Fattah turut membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menjadi usahawan dengan mendaftarkan diri sebagai agen dan memasarkan produk tersebut.

Bagaimanapun, portal BeautifulNara melaporkan, mereka dikejutkan dengan kiriman email daripada salah seorang agen MRP mendakwa, agen-agen sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Pengirim itu juga mendakwa, ada yang sanggup bergolok gadai untuk melabur dalam perniagaan tersebut kerana percaya dengan pelakon itu. Dakwanya lagi, mereka semua telah dianiaya oleh pelakon tersebut.

Dakwa pengirim itu lagi, mereka tidak mahu isu ini dipanjangkan tetapi memandangkan pihak admin pelakon tersebut bersikap lepas tangan dan membiarkan agen menanggung kerugian, maka terpaksa dibawakan isu ini kepada pihak media.

Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan ini benar atau tidak, namun diharap Fattah tampil memberi penjelasan untuk mengelakkan terjadinya salah faham.




www.myartis.com / Sumber: BeautifulNara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: