28 September 2018

BLACK & ISTERI BAKAL TIMANG BABY GIRL


Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, penyanyi Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali Black telah mengesahkan bayi dalam kandungan isterinya, Naquia Yasirah atau Cira itu adalah perempuan.





Menerusi Instagram (IG) milik Black, dia telah memuatnaik satu foto bersama isterinya beserta kapsyen.

"Tak lama dah..tinggal sebulan je lagi Dayyan nak dapat adik.. n it’s a BABY....? 😘😘😘😘😘 Alhamdulillah #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #KDRD #nivalel #nimemangviral #34weekspregnant tq mmy love u @cirakhairy #cirajr," tulis Black.

Isteri Black juga berkongsi satu foto ketika 'maternity shoot' di media sosialnya.

Klik untuk gambar besar


"34weeks #maternityshoot #babygirl Makeup : @emelismail_makeupartist Photographer : @hazirulafiq_ Studio : @iianstudio by @izzueislam @awinnurin," tulis isteri Black pula.

Rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsi serta mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Untuk makluman, Black dan Cira telah berkahwin pada 13 September 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: