04 September 2018

FOTO 'BOGEL' - JAA AKUI TAK TAKUT, TERINGIN TENGOK


"Saya tak takut pun sebab memang tak pernah hantar gambar bogel atau gambar tidak senonoh pada sesiapa. Malah, saya tak pernah simpan atau ambil gambar seperti itu.





"Jadi, buat apa saya nak takut," kata penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran yang tidak takut dengan ugutan tersebut memandangkan dia tidak pernah melakukan perbuatan itu.

Video dan gambar bogel yang didakwa mirip selebriti tempatan kini menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

Antara selebriti yang pernah menjadi mangsa iaitu pelakon Syafiq Kyle, anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy dan pelakon baharu Ikmal Amry.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini yang turut tersebar ialah gambar dipercayai milik pelakon Atikah Suhaime dan Idris Khan.

Terbaharu, sebuah akaun di laman Twitter mendedahkan giliran Jaa pula akan menerima nasib gambar bogelnya bakal dikongsi kepada orang ramai.

Malah, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, tidak sabar untuk melihat gambar yang dikatakan dirinya itu.

Kata Jaa, dia yakin gambar itu telah disunting atau ada pihak yang mencuba untuk menjatuhkannya dengan meletakkan kamera di dalam bilik mandinya.



"Saya lagi rasa tak sabar nak tengok gambar yang dikatakan diri saya itu. Nak tengok macam mana mereka sunting gambar tersebut. Sama ada mereka sunting atau memang ada orang letak kamera di dalam bilik mandi saya.

"Mungkin juga ada pihak yang mencuba menjatuhkan saya dengan cara seperti ini," ujarnya yang turut menasihati netizen agar tidak mudah untuk mempercayai sesuatu berita yang tidak sahih.

Menurutnya, zaman sekarang ada sahaja berita yang tidak benar dan penyebaran fitnah kini berleluasa.

"Kita semua kena ubah pemikiran. Bukan semua berita adalah benar. Zaman fitnah sudah berleluasa. Kena main peranan yang penting dan jangan mudah percaya dengan sesuatu berita yang tidak sahih," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: