Menerusi laman Instagram, penyanyi tinggi lampai Nita Hamzah memaklumkan bahawa abang iparnya, Muhammad Zamri Mohd Zain telah pulang ke Rahmatullah.

Abar ipar Nita sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 202.4, Lebuhraya Utara-Selatan pada 25 Ogos lalu dilaporkan nazak pada Sabtu lalu.
"Alhamdullah cuaca redup dan perjalanan arwah abang ipar saya sangat mudah. Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves, Selangor. Damailah di sana Abang Gurik. Al-fatihah," tulis Nita.
Klik untuk gambar besar

Laporan sebelum ini mengatakan abang ipar kepada bintang Malaysia Idol musim kedua itu cedera apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah treler selepas sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, Muhammad Zamri, 47, patah kaki kiri manakala anak saudara Nita, Muhammad Azrin Abdullah, 22, koyak lutut kiri.
Takziah kami ucapkan kepada Nita sekeluarga atas pemergian insan tersayang. Al-Fatihah

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment