04 September 2018

"TAK KAWAN BUDAK MENTAH SEPERTI ISMAIL" - FATHIA


"Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya.





"Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.

"Zarina meminta bantuan saya memuatnaik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini," kata pelakon Fathia Latiff, 31, yang menafikan dakwaan itu dan menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau memuatnaik foto penuh kontroversi itu di akaun Instagramnya.

Menurut Fathia lagi, dia tidak akan berkawan dengan budak mentah dan penyanyi yang popular menerusi lagu 'Luar Biasa' itu juga tidak memenuhi kriteria teman lelaki idamannya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail," tuturnya yang tidak mahu dirinya terus dikaitkan lagi dengan Ismail.

Gara-gara memuatnaik foto berada di kelab malam bersama penyanyi Ismail Izzani dan rakan baiknya Zarina Anjoulie, Fathia dihimpit gosip mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan penyanyi remaja itu.

Ramai yang mengkritik adakah Fathia begitu 'kesepian' tanpa teman lelaki sehingga sanggup bercinta dengan Ismail yang jauh lebih muda daripadanya.



Akhir kata, Fathia meminta kepada sesiapa yang ingin mengetahui cerita lanjut mengenai foto kontroversi yang tersebar itu, bolehlah bertanya kepada Zarina sendiri tentang apa yang berlaku antara beliau dan Ismail.

Ismail, 18, anak kepada penyanyi Datin Seri Suliza Salam sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan Zarina dipercayai di kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu dimuatnaik Fathia juga rakan baik Zarina di laman Instagramnya. Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar terbabit tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina berpakaian seksi dalam foto itu.














www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: