19 September 2018

HUBUNGAN DENGAN SUFIAN - AYRA TAMPIL BUKA MULUT


"Jujur saya katakan, kami cuma berkawan rapat. Itu pun sebab saya berlakon dalam muzik video 'Di Matamu' enam bulan lepas.





"Kami berjumpa di Johor baru-baru ini dan teruja sebab sudah lama tak bertemu. Jadi ambil gambar saja-saja. Tak sangka pula gambar itu tersebar dan viral. Timbul pula macam-macam gosip pasal saya dan Sufian.

"Ada yang cakap Alhamdulillah Nobita dah jumpa Shizuka. Sampai hati... Apapun, bagi saya, Sufian seorang lelaki yang profesional dan sangat baik.

"Saya suka cara dia melayan orang sekeliling terutama ketika bekerja," kata gadis viral yang dikaitkan dengan Sufian Suhaimi, Ayra Messi yang tampil menjelaskan bahawa tiada hubungan istimewa antara mereka berdua.

Klik untuk gambar besar


Menerusi foto Sufian dan Ayra yang tular di media sosial sejak awal minggu ini, gadis kelahiran Ipoh, Perak itu tidak menyangka sama sekali namanya menjadi sebutan.

Bagaimanapun, Ayra atau nama sebenarnya Nur Shakira Shah Kirit, 21, terkilan apabila netizen mula membanding-bandingkannya dengan bekas tunangan Sufian, Elfira Loy.

"Tidak eloklah kalau nak banding-bandingkan saya dengan Elfira. Lagipun, kami tiada apa-apa hubungan. Saya pun rapat dengan adik Elfira, Ezlisa Loy dan situasi akan jadi lain kalau netizen laga-lagakan kami.



"Sampai ada yang tag nama Elfira di IG dan macam-maca lagi. Daripada tak ada isu, timbul pula isu baru," tambahnya.

Peminat fanatik pemain bola sepak Barcelona, Lionel Messi itu berharap tiada isu berbangkit lagi selepas ini.

"Jangan terlalu cepat buat andaian dengan hanya sekeping gambar. Lebih baik doakan yang baik-baik," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: