19 September 2018

"SAYA ISTERINYA, SUDAH TENTULAH TAHU" - WAWA ZAINAL


Menafikan sekeras-kerasnya foto bogel yang tular di media sosial adalah milik suaminya pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal berkata dia lebih mengenali Aeril berbanding individu yang tidak bertanggungjawab menuduh dan menyebar fitnah berhubung gambar tidak senonoh itu.





"Saya isterinya, sudah tentulah saya tahu luar dalam. Memang mula-mulanya saya terkejut apabila ditunjukkan gambar tidak senonoh itu.

"Tetapi saya tertawa! Jelas sekali itu bukan Aeril! Bahagian wajahnya pun sudah berbeza terutama bahagian dahi apatah lagi bahagian badan lain.

"Jadi, sudah-sudahlah buat dosa. Sebar perkara tidak elok tentang suami saya. Itu bukan gambar Aeril," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pasangan itu turut menasihati orang awam agar tidak terus menyebarkan perkara fitnah dan mengaibkan mana-mana pihak.

"Terserah kalau nak simpan atau buang gambar tidak senonoh itu. Tetapi daripada pihak kami, tiada tindakan undang-undang akan dibuat terhadap sesiapa pun. Sebab terang-terangan itu bukan gambar suami saya," tambah Wawa.

Baru-baru ini sekeping foto bogel yang didakwa mirip pelakon kacak Aeril Zafrel tersebar di Internet. Aeril bagaimanapun tampil menafikan perkara terbabit dan menyifatkan perbuatan itu keji dan mengaibkan.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: