11 September 2018

HUTANG BERBELAS RIBU - BEKAS JURUSOLEK KECEWA DIPERDAYA PEMBACA BERITA TV


Gara-gara hutang, kawan boleh jadi lawan dan inilah yang berlaku terhadap bekas jurusolek TV yang tertipu akibat terlalu percayakan rakan sekerjanya yang merupakan seorang pembaca berita TV bersama kakak perempuannya.

Jurusolek tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ani (bukan nama sebenar) mendakwa dia bukan sahaja tidak menerima bayaran balik pinjaman yang diberikan kepada kakak rakannya itu, malah dia turut dimaki hamun dan diugut akan disaman kerana menyiarkan berita itu di Facebooknya.

klik untuk imej besar




"Semuanya bermula apabila saya simpati padanya yang memerlukan wang segera kononnya bapa beliau dimasukkan ke IJN akibat sakit jantung. Bukan sedikit pinjaman yang diberi, hampir berbelas ribu tetapi dia hanya membayar tak sampai 10 peratus manakala bakinya hampir bertahun-tahun tidak dijelaskan.

"Paling buruk, kini hidup saya di himpit masalah kewangan sejak saya diberhentikan dari Syarikat TV Swasta pada tahun 2015 kerana mereka telah menutup department saya dan beberapa department lain. Mungkin Rm 15 ribu pada orang lain jumlahnya kecil... Tetapi tidak pada saya. Dengan wang sejumlah itu saya boleh memulakan perniagaan kecil dan melunaskan hutang kawan-kawan yang tertunggak.

Report polis yang dibuat mangsa - klik untuk imej besar


"Dan amat lah kejam mereka yang berhutang diam seribu bahasa sedangkan kawan-kawan lain tidak jemu menolong. Untuk pengetahuan, disebabkan hutang tidak berbayar itu, saya pernah dihalau dari rumah sewa, kereta saya yang dibeli secara tunai habis dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, perabut rumah dicuri dan berbagai lagi. Malah laporan polis yang dibuat pun tidak berkesan hingga saya terpaksa memohon kes tersebut di tukar ke balai lain," dakwanya melalui PM yang dihantar melalui FB.

"Kini, segala acces FB dan WASSAP semua telah diblock oleh penghutang itu. Bagaimana cara untuk saya menghubungi merekapun saya dah tak tahu. Sebelum inipun saya pernah di ugut untuk disaman kerana saya pernah memuat naik status berkaitan hutang tersebut diFB walaupun tanpa meletakkan nama mereka.

Report polis yang dibuat mangsa - klik untuk imej besar


"Adalah tidak adil mereka melakukan sebegini rupa kerana mereka lebih dari mampu untuk membayarnya. Susah sangat ke untuk mereka datang berjumpa saya dan selesaikan dengan baik. Sudahlah saya diperdaya oleh dia konon perlukan duit untuk rawatan bapanya di IJN sejumlah RM10 ribu yang sebenarnya palsu, kini mereka nak ugut saya pula.

"Jadi atas sebab-sebab keselamatan, saya telahpun membuat beberapa report polis meminta pihak berkuasa bertindak agar tiada lagi pihak lain yang terpedaya dengan helah mereka. Bahkan saya menceritakan hal inipun dengan tujuan untuk mereka insaf disamping memberi pengajaran pada orang lain agar tidak jadi macam saya yang terlalu percayakan kawan sekerja," tambahnya lagi.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: