07 September 2018

IFA RAZIAH TERINGIN HAMIL, IDAM ANAK PEREMPUAN


"Memang saya mahu anak lagi dan jika boleh, saya mahu segera hamil. Tetapi apabila difikirkan kesibukan, terutama menguruskan perniagaan, bimbang pula. Lagi risau, bukan mudah mendapatkan semula bentuk badan selepas bersalin.





"Namun, jika ada rezeki, tidak mungkin saya menolak. Syukur jika dapat seorang lagi, terutama anak perempuan. Lagipun, anak lelaki saya sudah 14 tahun, manakala kakaknya pula 20 tahun.

"Sunyi rasanya apabila mereka tiada di rumah kerana apabila besar, masing-masing ada hal sendiri.

"Tinggal saya dengan pembantu rumah. Kalau ada anak kecil, berseri sedikit rumah," kata artis versatil popular, Ifa Raziah yang mengakui keinginannya untuk menimang cahaya mata perempuan sentiasa membara, malah tidak menolak untuk kembali hamil, meskipun sudah mencecah usia 40-an.

Klik untuk gambar besar


Ifa, 42, berkata, melihat teman artis terutama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikurniakan anak perempuan membuatkan keinginannya untuk menambah zuriat tidak pernah bernoktah.

Ifa yang pernah dua kali menjulang trofi, Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 dan 3.0 berkata, pembantu rumahnya juga beriya-iya mahu melihatnya hamil lagi.

"Lucunya, dia sampai 'mengugut' mahu pulang ke Indonesia jika saya masih tidak dapat anak," ujarnya yang sibuk menguruskan perniagaan produk pelangsingan badan, Solid Molid.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: