07 September 2018

AL-FATIHAH - NENEK AARON AZIZ, IBU JOEY MENINGGAL DUNIA


Takziah kami ucapkan kepada kedua selebriti ini iaitu Datuk Aaron Aziz dan Joey yang kehilangan orang tersayang mereka baru-baru ini.





Aaron telah kehilangan neneknya, Kalsom Adbul Karim dan berita pemergian itu dikongsi oleh pelakon ini sendiri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Aaron, dia bersedih kerana telah kehilangan kedua-dua neneknya pada dua hari Jumaat berturut-turut. Jumaat lalu, seorang lagi neneknya telah meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka.

"Kehiangan kedua-dua nenek saya dalam dua kali Jumaat. Bulan yang amat menyedihkan. Kedua-duanya meninggal dunia dengan tenang ketika hujan sedang turun.

Klik untuk gambar besar


"Tempatkanlah nenek di kalangan orang-orang yang kau kasihi seperti mana nenek ku telah menyayangiku sejak ku kecil lagi.

"Kurniakanlah nikmat Jannah mu Ya Allah kepadanya dan selamatkanlah mereka dari seksa kubur dan azab neraka. Another sad Friday for me," luahnya yang turut berkongsi fotonya bersama neneknya.

Rata-rata mengucapkan taziah kepada Aaron dan berharap agar dia tabah menghadapi dugaan tersebut.

Bagi pelawak dan juga pelakon, Joey pula telah kehilangan ibunya yang dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi.



Menerusi perkongsian di Instagramnya, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud yang merupakan suami kepada pelakon Watie Sadali memaklumkan khabar duka itu selain mengharap doa agar roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Ya Allah. Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah dia dalam tempat yang mulia (syurga) serta luaskanlah kuburnya.

"Bersihakan dia daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan baju putih daripada kotoran, berilah rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia.

"Berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, pasangan yang baik daripada pasangannya di dunia dan masukkan di ke syurga. Jagalah dia daripada seksa kubur dan neraka," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Aaron Aziz & Joey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: