10 September 2018

ISMAIL IZZANI MINTA JANGAN PERCAYA BULAT-BULAT


Penyanyi Ismail Izzani yang mengaku khilaf atas kesilapan diri itu menganggap segala yang terjadi sebagai ilmu dan proses pembelajaran paling besar dalam hidupnya.





Ismail baru-baru dilanda kontroversi hangat selepas tersebar gambar mesranya bersama pelakon Zarina Anjoulie yang tidak bertudung dan memakai pakaian seksi sehingga menampakkan baju dalamnya.

Hampir seminggu kejadian tersebut berlaku, Ismail tidak pernah muncul dalam mana-mana media untuk menjawab isu itu dengan lanjut.

Namun kini ketika ditemui media, penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu akhirnya membuka mulut berhubung isu hangatnya yang membuatkan ramai pihak ingin tahu dan tertanya-tanya tentang status hubungan mereka.

Klik untuk gambar besar


Kata penyanyi berusia 18 tahun itu, sebolehnya dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berbangkit kerana baginya andai membuka mulut, impaknya sangat besar terhadap kes yang telah pun berlaku itu.

"Saya harap semua pihak bersabar untuk menanti sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Bila, saya belum pasti tetapi demi menegakkan kebenaran, saya tidak menolak untuk melakukannya.

"Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan adalah diharapkan peminat jangan percaya bulat-bulat tentang apa yang dikeluarkan pihak tersebut.



"Diam saya tidak bermakna kalah atau salah. Cuma sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan hal ini, saya perlu berbincang dengan keluarga dan label terlebih dahulu.

"Cuma waktunya saya belum pasti bila," ujar anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam dengan tenang.

Selama 18 tahun melalui proses kehidupan, Ismail jujur mengatakan kes itu adalah perkara terbesar yang pernah terjadi pada dirinya.



Untuk itu, dia menyatakan khilaf dan perasaan kesalnya atas apa yang berlaku meskipun mengakui darah muda menjadikannya gemar meneroka perkara di sekeliling.

Ditebak dengan persoalan apakah kontroversi yang timbul itu adalah gimik daripadanya memandangkan dalam masa terdekat dia akan melancarkan lagu terbaharu, Ismail dengan tegas menolak dakwaan tersebut.

Dia sedar, perkara yang membabitkan maruah dan harga diri bukan boleh dibuat main atau diperjudikan sewenang-wenangnya.

"Minta maaf, saya tidak main gimik seperti ini. Sebab ia telah berkait dengan maruah, malu dan rezeki saya dalam bidang nyanyian," jelasnya ringkas.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: