09 September 2018

"INGATKAN MUMMY SUDAH KEHILANGAN KAMU" - UMMI NAZEERA


Pelakon Ummi Nazeera menerusi laman Instagram telah berkongsi dimana dirinya hampir hilang pertimbangan apabila mengalami masalah placenta previa jenis dua hingga menyebabkan pendarahan sebanyak tiga kali sebelum bersalin anak perempuan, Ayra Aneesah Mohd Izzar pada 22 Ogos lalu.





Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28, berkata, masalah membabitkan uri itu membuatkan dia terfikir sudah kehilangan anak sulungnya.

"Assalammualaikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar. Alhamdulillah Allah memudahkan mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandungkan kamu sangat mencabar untuk kami.

"Mummy ada placenta previa jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu. Saya menangis apabila ia terjadi. Ingatkan mummy sudah kehilangan kamu.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, semuanya baik. Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud.

"Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk mummy jalani pembedahan.

"Mummy takut sangat dan hampir hilang pertimbangan. Alhamdulillah, daddy tenangkan dan meminta mummy supaya usah nangis dan beristighfar.



"Daddy cakap sambil meletakkan kepala di dahi mummy dan memegang tangan mummy dengan kuat. Mummy tahu maksudnya mendalam, hanya Allah yang boleh bantu," tulis Ummi yang memuatnaik video anaknya selepas dilahirkan.

Menerusi status sama, Ummi yang berkahwin dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khan, 31, pada 23 Julai tahun lalu itu bersyukur apabila proses pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

"Alhamdulillah, pembedahan berlangsung dengan baik tanpa komplikasi. Syukur ya Allah. Masa masuk bilik pembedahan, muka daddy masam sangat, masa keluar dari bilik itu, muka daddy terus senyum macam kerang busuk.

"Daddy beritahu dia sudah jumpa anak... Alhamdulillah. Ketika mummy melihat kamu, Mummy sangat gembira. Kamu sempurna," katanya lagi.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Ummi Nazeera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: