09 September 2018

ADIRA SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA, ASSAN


Alhamdulillah.... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red diatas kelahiran cahaya mata kedua mereka yang merupakan bayi lelaki hari ini.





Bayi lelaki yang telah diberikan nama 'Assan' itu dilahirkan dengan berat 3.8 kilogram secara pembedahan pada jam 10.21 pagi tadi di pusat perubatan Sungai Buloh.

"Saya memang suka nama yang klasik dan 'old school'. Macam anak pertama, kami beri nama Aggerek. Jadi, anak kedua ini namakan Assan.

"Sebelum ini, anak lelaki daripada isteri pertama saya namakan Ali," ujarnya mengenai nama anak kedua yang dipilih.

Klik untuk gambar besar


Suami Adira ketika dihubungi Harian Metro berkata, Adira bersalin awal seminggu daripada tarikh jangkaan doktor.

"Adira dimasukkan hospital 8 pagi tadi. Selepas menjalani pemeriksaan, sudah terdapat bukaan. Namun, doktor memaklumkan perlu menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan besar. Doktor tidak mahu mengambil risiko.

"Tambahan pula, Adira bertubuh kecil. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk melalui proses pembedahan sekali lagi. Apa yang penting, semuanya berjalan lancar. Isteri dan anak dalam keadaan sihat," kata Datuk Red.



Jelas Datuk Red lagi, memandangkan Adira sebelum ini juga bersalin anak sulungnya, Anggerik menerusi pembedahan pada 10 Mac 2017, doktor menasihati beliau supaya berehat daripada hamil. Bagaimanapun Adira dan bayi kini berada dalam keadaan sihat.

"Memandangkan anak pertama dan kedua dilahirkan secara pembedahan, jadi doktor menasihat agar berehat dulu. Lagi pun, Adira masih muda. Insya Allah, kalau ada rezeki tidak ke mana," jelasnya.

Adira, 27, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkahwin dengan ahli perniagaan di Songkhla, Thailand pada November 2015 sebagai isteri kedua.

Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Adira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: