09 September 2018

'BOBO DIMANA' ALIFF SYUKRI - NETIZEN MAHU YOUTUBE LENYAPKAN


Video lirik lagu 'Bobo Dimana' nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna, yang dilancarkan sejak Khamis lalu terus menerima kecaman hebat di media sosial.





Video muzik yang kini trending di laman Youtube dan mencecah lebih 1 juta tontonan itu menimbulkan kemarahan segelintir pihak dan menganggap ia tidak sesuai ditonton golongan kanak-kanak.

Rata-rata netizen berpendapat seni kata lagu itu mengandungi unsur lucah yang hanya merosakkan minda masyarakat terutama kanak-kanak.

Malah mereka juga meminta orang ramai membuat laporan terhadap muzik video dengan alasan terdapat kandungan seksual agar ia dikeluarkan atau lenyap daripada saluran tersebut.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, netizen juga mempersoalkan mengapa usahawan berkenaan tidak berkarya dengan cara yang lebih bersih.

Video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube itu juga digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video yang baharu dimuanaik pada 5 September lalu itu menerima 189,000 tanda 'tidak suka' dan hanya 21,000 tanda 'suka'.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: