09 September 2018

SELEPAS PULIH DARI BEDAH - ELIZAD MAHU TIMANG ZURIAT


"Wanita mana yang tidak mengimpikan cahaya mata? Sudah sekian lama saya menantikan tibanya saat itu. Selepas diri kembali pulih, saya memang berharap dapat melahirkan zuriat.





"Menurut doktor, saya tiada masalah untuk hamil kerana keadaan saya yang subur. Cuma, ketumbuhan ini menghalang kehamilan saya kerana doktor risau ia akan menjejaskan keadaan anak.

"Doktor bimbang anak yang saya lahirkan nanti akan mengalami kecacatan kerana apabila janin membesar, ketumbuhan ini juga akan turut sama membesar, lebih daripada saiz janin," kata pelakon, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin yang disaran oleh doktor untuk segera hamil berikutan keadaan kesihatannya yang baik.

Pelakon berusia 34 tahun itu berharap dirinya akan dapat menimang cahaya mata selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebesar lapan sentimeter, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, calon kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu pernah menjalani pembedahan serupa bagi membuang ketumbuhan seberat empat kilogram.

Pada masa sama, Elizad yang akan berehat selama sebulan daripada kegiatan seni memeberitahu, doktor meminta dirinya banyak berehat dan tidak terlalu aktif melakukan kegiatan bermotosikal, yang juga hobi utamanya.

"Sebenarnya, Kak Erra (Fazira) menyarankan saya menjalani kaedah persenyawaan in vitro (IVF). Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan untuk proses itu, doktor mengesan ketumbuhan di sekitar ovari.



"Jadi, ia perlu dibuang terlebih dulu sebelum menjalani kaedah terbabit. Jika tidak, ia mungkin boleh memberikan kesan kepada kandungan.

"Sebelum ini saya pernah hamil, namun disebabkan cyst ini kandungan saya tak dapat diselamatkan. Jadi, saya berharap sangat selepas pembedahan ini, saya akan dapat anak dengan segera.

"Saya juga berharap peminat sama-sama mendoakan saya dikurniakan zuriat secepat mungkin," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: