09 September 2018

NIQAB - TASHA MANSHAHAR PAKAI BILA BERJALAN SENDIRIAN


Penyanyi Tasha Manshahar yang baru sahaja bergelar isteri kepada penyanyi Raqib atau nama penuhnya Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, selepas hampir sembilan bulan bertunang itu memberitahu, dia mula memakai niqab sebelum mengenali suaminya.





Akui selesa mengenakan imej tersebut terutama ketika berjalan seorang diri, Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, berkata dia tidak menyarungkan niqab tersebut ketika sedang bertugas sebagai guru serta penceramah motivasi dan ketika bersama keluarganya.

"Sejujurnya saya sudah lama belajar untuk memakai niqab sebelum saya mengenali Raqib lagi. Saya yang membuat keputusan ini sendiri. Saya selesa dengan imej tersebut terutama apabila berjalan sendirian. Tapi saya tidaklah memakai niqab setiap masa.

Klik unntuk gambar besar


"Ada waktu yang saya tidak akan pakai seperti ketika mengajar atau dalam tugasan sebagai guru serta bersama keluarga saya," kata Tasha turut mengakui keputusan untuk memakai niqab tidak menganggu kehidupannya yang kini tidak lagi bergelar seorang penyanyi.

Kata Tasha, dia tidak berasa sedih dengan keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian namun sebak apabila mengenang sokongan peminat yang tidak pernah putus.

"Lagipun saya sudah tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Bagi saya, imej tersebut tidak menganggu kehidupan saya. Keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian tidak membuatkan saya bersedih tapi ada juga rasa sebak apabila terkenang peminat yang sentiasa menyokong saya.



"Hubungan saya dengan insan-insan dalam industri pun baik seperti biasa," ujar penyanyi lagu 'Terima kasih Cinta' ini.

Untuk makluman, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi berlangsung pada Ahad di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: