08 September 2018

ISMA AF SAHKAN SUDAH BERCERAI 9 BULAN LALU


"Kami bercerai sejak sembilan bulan lalu. Bukan saya mahu merahsiakannya, tetapi belum mendapat kekuatan berkongsi cerita yang dirasakan terlalu peribadi, ketika itu. Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya berterus-terang.





"Ramai yang bertanya mengenai status perkahwinan kami, tetapi saya hanya membiarkan persoalan tergantung begitu saja. Hari ini, saya mengesahkan saya dan Zul bukan lagi suami isteri.

"Saya memfailkan perceraian dan turun naik mahkamah syariah seorang diri sejak pertengahan tahun lalu," kata penyanyi Isma, 39, yang mengesahkan perkahwinannya dengan komposer, Zul 2 By 2, 46, sudah terlerai sejak awal tahun ini selepas hampir 20 tahun hidup bersama.

Sebelum ini, Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail, sering berteka-teki dan berlapik ketika berbicara soal rumah tangganya yang dikatakan goyah.

Klik untuk gambar besar


Enggan lagi terus berselindung, artis kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) itu berkata, dia dan Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid bukan lagi suami isteri.

Isma yang kembali solo sejak sembilan bulan lalu itu berkata, perpisahan adalah jalan terbaik untuk masing-masing mencari kebahagiaan hidup.

"Bohonglah jika saya tidak bersedih, tetapi tidaklah sampai meratap hiba. Kesedihan hanya seketika, sampai masanya saya menjadi pasrah dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya, ada hikmah tertulis buat saya dan Zul. Jodoh kami tidak sampai ke hujung nyawa," kata kakak kepada penyanyi, Tomok itu.

Pada awalnya, Isma menjelaskan, bekas suami tidak bersetuju melepaskannya, tetapi terpaksa akur dengan kehendaknya yang tiada lagi hati dan perasaan untuk meneruskan kehidupan bersama.



Dakwa ibu kepada lima cahaya mata itu, soal kesetiaan antara sebab dirinya tidak lagi mahu bersama lelaki terbabit.

"Saya percaya orang luar lebih tahu apa yang dia buat. Jujurnya, banyak faktor lain yang terlalu peribadi untuk dikongsi menjadi punca perpisahan.

"Biarlah hanya saya dan bekas suami yang tahu masalah rumah tangga kami. Dengan anak dan keluarga pun saya tidak berkongsi cerita secara mendalam.

"Saya masih menjaga aib bapa kepada anak saya. Apapun, Zul tetap insan yang pernah hidup dengan saya selama 19 tahun," tuturnya yang kini menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya.














www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: