08 September 2018

7 FOTO - TASHA MANSHAHAR KINI ISTERI RAQIB


Alhamdulillah.... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Tasha Manshahar yang telah selamat bergelar isteri kepada penyanyi Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, pada pukul 9.50 pagi tadi.





Tasha atau nama penuhnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59, sambil disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman.

Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Namun apa yang mencuri tumpuan pada majlis tersebut adalah bacaan surah Al-Fatihah yang dialun indah oleh Raqib sebagai mahar untuk isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Tasha memberitahu, dia dan suaminya tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan perkara itu bukan sesuatu kewajiban yang perlu dilaksanakan.

"Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah 'honeymoon'," kata Tasha.

Dalam pada itu, Raqib turut meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar biarpun pada awalnya berasa gementar.



Majlis yang diadakan secara bersederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi bakal berlangsung pada Ahad ini di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari, penyampai radio dan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka.

Pasangan itu berkenalan ketika menjayakan rakaman lagu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

Tasha yang popular menerusi lagu 'Ragu-Ragu' dan 'Bukan Aku' sudah tidak lagi aktif menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: