08 September 2018

DITAWAR GELANG EMAS, WANG KRIPTO 10 DINAR - AISHAH TOLAK


"Alhamdulillah ada yang prihatin pada kes I, terharu sangat di atas tawaran untuk menghadiahkan I, DDK tetapi I terpaksa menolak tawaran tersebut.





"Jutaan terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan anda," kata penyanyi Aishah menerusi status Instagram miliknya pada Jumaat yang mendedahkan dua syarikat korporat tampil menawarkan hadiah gantian kepadanya.

Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas kesudiaan dua pihak berkenaan yang ingin memberi hadiah kepadanya namun dia mengambil keputusan menolak tawaran itu.

Menurut Aishah, sebuah syarikat produk kecantikan ingin menghadiahkan seutas gelang emas manakala ada pihak turut menawarkan mata wang kripto sebanyak 10 Dinar Dirham Koin (DDK) bersamaan RM8,500.

Klik untuk gambar besar


Minggu lalu, Aishah membuat pendedahan dia masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjadi juara program Gegar Vaganza musim kee-4 (GV4).

Malah penyanyi itu turut mendakwa, barang kemas hadiah daripada usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 juga didapati palsu.

Dalam entri lain Aishah turut mendedahkan ada juga pihak yang ingin menghadiahkan Ais mata wang crypto: "Biarlah selepas ini kalau ada sebarang pampasan ia ditentukan oleh undang-undang sebagai pengajaran.



Aishah menambah, apa dilakukan atas dasar prinsip dan kerana itu juga dia menolak semua tawaran diberikan kepadanya.

"Apa-apa pun terima kasih untuk tawaran diberikan, sebagai seorang wanita tentu sahaja hati melonjak bila dapat tawaran begitu.

"Tapi demi prinsip I terpaksa tolak tawaran ini. Biarlah malam ini I mimpi saja memakai gelang emas tu dan tersenyum," tuturnya lagi.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: