08 September 2018

LEBIH 72.3K PENGIKUT IG JEBAT JAYDEN, ANAK SHARNAAZ


Anak lelaki pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad yang baru seminggu dilahirkan itu sudah pun menjadi perhatian di laman sosial Instagram miliknya yang menggunakan nama @jebatjayden.





Mana tidaknya, akaun Instagram tersebut yang dibuka dua hari lalu itu sudah pun mendapat lebih 72.3K pengikut ketika artikel ini disiarkan.

Setakat ini, sebanyak lapan keping foto serta satu video comel Jebat dikongsi menerusi akaun tersebut.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikut Instagram itu memuji kecomelan anak pasangan itu selain mendoakan agar Jebat menjadi seorang anak yang soleh.

Sharnaaz dan Nabila yang bernikah pada 31 Mac tahun lalu itu selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Ogos lalu kira-kira pukul 9.01 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Lebih manis lagi, aktor drama 'Cinta Bukan Kristal' ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Jebat Jayden Ahmad, Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: