10 September 2018
"ISTERI PERNAH DIEKORI, SEBAB TU..." - RAQIB
"Saya mahu membetulkan dakwaan orang ramai di mana Tasha sebenarnya belum lagi mengenakan niqab sepenuhnya. Tasha memakai niqab atas faktor keselamatan dan privasi.
"Dua tahun lalu, ketika di Melaka, isteri pernah diekori seseorang. Disebabkan itu, saya nasihatkan dia memakai topeng. Daripada situ, isteri bertindak memakai niqab setiap kali keluar sendirian.
"Kalau bertanya mengenai pemakaian niqab selepas berkahwin, perkara itu saya serah kepada dia," kata penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid, 28, yang menjelaskan isterinya, Tasha Manshahar belum berimej begitu sepanjang masa.
Merungkai kekeliruan berhubung pemakaian niqab isteri, Raqib atau nama penuhnya, Fahrur Raqib Abdul Majid berkata Tasha hanya berniqab atas tujuan tertentu.
Ketika insiden diekori di Melaka, Tasha atau nama sebenarnya, Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, masih lagi penyanyi.
Klik untuk gambar besar
Sejak akhir 2016, Tasha yang popular dengan lagu 'Terima Kasih Cinta' ini membuat keputusan berhenti menyanyi.
Sementara itu, Tasha memberitahu, Raqib yang juga qari bekas peserta Akademi Fantasia (AF) itu tidak pernah memaksanya memakai niqab.
"Ketika saya berseorangan, agak susah untuk saya ke sana sini. Saya pakai niqab ikut keadaan. Jika saya rasa selamat atau bersama keluarga, saya tidak memakai niqab," tuturnya yang bertugas sebagai guru di Melaka.
Pasangan ini dinikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, pada jam 9.50 pagi, pada 8 September lalu.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment