10 September 2018

ZURIAT - JUE AZIZ ENGGAN TERLALU FIKIRKAN, BERSERAH


Pelakon Jue Aziz yang sering diajukan soalan mengenai cahaya mata itu memberitahu dia kini enggan terlalu memikirkan tentang perkara itu.





Jue atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz, 34, berkata dia hanya berserah dan menganggap belum ada rezeki untuk memiliki zuriat sendiri.

"Kalau dahulu saya cuba macam-macam cara untuk hamil tapi sekarang hanya berserah sahaja. Saya dan suami ikut perancangan Allah, mungkin lambat sikit untuk dapat anak tapi saya percaya ada hikmah sebaliknya.

"Saya anggap masa untuk memiliki cahaya mata belum sampai lagi. Setiap orang ada jalan hidup yang sudah ditentukan, begitu juga dengan saya!," katanya.

Klik untuk gambar besar


Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014. Pasangan ini mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, pelakon drama 'Impak Maksima The Series' ini memberitahu sudah mendapatkan pemeriksaan pakar bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dia sukar hamil.

Bagaimanapun, doktor memaklumkan kesihatannya baik, namun rezeki itu masih belum tiba.

"Saya sudah menjalani pemeriksaan dan pernah berkongsi mengenai hal itu dengan peminat di laman sosial. Alhamdullilah, doktor kata tak ada masalah yang teruk pun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: