04 September 2018

ISU RUMAH TANGGA - OPICK JADI MANGSA SALAH FAHAM


"Segala cerita yang didengar sebelum ini adalah tidak benar dan boleh dikatakan kelakar apabila dia berkahwin dengan isteri kedua dan kemudian isteri pertama minta berpisah," kata sumber kepada Astro Gempak mengenai penyanyi Indonesia, Opick.





Penyanyi lagu ketuhanan itu sememangnya tidak mahu bercerita soal peribadi pada khalayak tapi dia sebenarnya menjadi mangsa salah faham terhadap kes rumah tangganya sebelum ini.

Apa yang diketahui peminat selama ini, penyanyi popular lagu 'Rapuh' ini didakwa berkahwin dua tanpa pengetahuan isteri pertama.

Bagaimanapun, sumber memberitahu sebenarnya bekas isteri pertama Opick tahu mengenai perkahwinannya bersama isteri kedua.

Jelasnya, Opick mempunyai sifat peribadi yang baik yang tidak mahu membuka aib sesiapa mahupun menjelaskan perkara sebenar atas apa yang berlaku pada dirinya selama ini.

Klik untuk gambar besar


"Sehinggakan apabila Dian mahu menyaman Opick, bekas suaminya itu sendiri yang memberikan wang untuk membiayai kes saman tersebut.

"Ibu Opick seorang guru mengaji di kampung berasa malu sehingga tinggal di Jakarta bersama Opick gara-gara malu dengan apa yang menimpa anaknya.

"Sebenarnya, ada gambar bersama mereka bertiga antara Opick dengan bekas isteri pertama dan kedua yang tidak ditunjukkan pada peminat," katanya lagi.

Ujarnya, Opick redha dengan apa yang berlaku pada kehidupannya dan masih mampu memberi fokus pada karier nyanyiannya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: