04 September 2018

SEMAKIN KURUS & MEMBONGKOK - ZAMANI DEDAH PENYAKITNYA


Penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 47, yang kini masih aktif menyanyi itu mengakui dia sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen dek kerana mempunyai sedikit masalah kesihatan.





Ditanya mengenai kesihatannya yang dilihat semakin kurus dan membongkok, pelantun lagu 'Gerimis Mengundang' itu memberitahu dia kini mempunyai masalah tulang belakang.

"Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat. Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV. Lagi pun saya ada masalah kesihatan.

"Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang. Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok.

Klik untuk gambar besar


"Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini," dedahnya.

Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala dadah, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu.

"Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini. Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda (dadah) yang tidak elok itu.

"Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan," luahnya lagi.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: