04 September 2018

BANDINGKAN KUTIPAN FILEM & MASJID - PU AMIN DIKECAM


Semua sedia maklum mengenai filem 'Hantu Kak Limah' (HKL) yang memecah sejarah apabila kutipannya mencecah RM35 juta dan ia melebihi 2.7 juta penonton.





Namun baru-baru ini, tindakan PU Amin membandingkan hasil kutipan filem 'Hantu Kak Limah' dengan sedekah di masjid menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan PU Amin dan merasakan beliau cuma mahu meraih perhatian dan bukanlah berdakwah. Malah, ada juga yang berkata, bukankah kita tidak perlu menunjuk-nunjuk sekiranya sudah menderma.

Sekarang ini media sosial digunakan sebagai medium untuk ustaz dan ahli agama menyampaikan dakwah serta memberikan komen mengenai isu semasa.

Klik untuk gambar besar


Antara yang cukup aktif di Twitter ialah PU Amin yang sememangnya cukup lantang bersuara mengenai isu LGBT dan turut menegur beberapa artis sebelum ini.

Bagaimanapun, cara penyampaian beliau yang dikatakan sedikit 'kasar' oleh netizen membuatkan PU Amin sering dikritik.

Bab sedekah dan derma ini memang tidak sepatutnya menjadi perbandingan sebegini. Iyalah, kita tidak pernah tahu amalan seseorang itu. Bila tunjuk pula jumlah yang diderma, nanti kena tuduh riak pula. Apa pendapat anda tentang isu ini?




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: