04 September 2018

SULIZA PERCAYA ISMAIL BUKAN SEPERTI DIGAMBARKAN


"Saya tidak mahu melatah dan menganggap ia sebagai dugaan buat Ismail. Saya hanya berharap agar dia lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya pada masa akan datang," ujar ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, 18, iaitu Datin Suliza Salam yang juga penyanyi era 1980an.





Suliza menganggap kontroversi penyebaran foto anaknya, Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie adalah dugaan yang perlu dihadapi oleh seseorang artis.

Suliza berkata, sebagai ibu dia percaya anaknya, penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.

Dalam pada itu, Suliza turut menginggatkan artis-artis muda lain agar lebih menjaga batasan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Klik untuk gambar besar


Katanya, tugas sebagai seorang selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling khususnya peminat mereka.

"Beringat kerana apa-apa pun kita tetap orang Melayu dan ada batasan dan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat.

"Saya bercakap peringatan untuk anak saya dan artis-artis muda yang lain juga. Mereka sepatutnya jadi contoh kepada masyarakat," katanya.



Tambahnya lagi, menjadi popular bukan lesen untuk berbuat sesuka hati. Dalam pada itu, Suliza juga berharap, masyarakat tidak mudah menilai sesuatu perkara yang tidak pasti.

"Bagi saya Ismail tidak perlukan kontroversi sebagai publisiti dirinya. Saya percaya masyarakat lebih pandai menilai yang mana betul atau tidak," tuturnya.

Sementara itu, Suliza mahu Ismail memberi fokus terhadap kerjaya nyanyiannya apatah lagi dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Bidadari.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: