17 September 2018

"JANGAN KECAM MY MOM, SAYA DIDIDIK SANGAT BAGUS" - ISMAIL


"Saya just harap korang semua bersabarlah dengan statement apa yang saya akan keluarkan nanti. Isu ini adalah isu yang sangat-sangat besar. Ia telah melibatkan saya punya maruah, saya takkan berduduk diam.





"Bukan berduduk diam sekarang bermakna saya telah kalah dan saya bersalah. Kalau korang tak nak support saya takpe, nak kecam saya pun takpe tapi janganlah kecam family saya which is my mom.

"Jangan cakap dia tak pandai jaga saya. Saya dididik sangat-sangat bagus dan dia sangat-sangat menyayangi saya. So this is my fault and i will learn from my mistake, Insya-Allah," luah penyanyi Ismail Izzani.

Klik untuk gambar besar


Ismail yang berusia 18 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dia dikecam dan dibenci warga laman sosial namun memohon agar mereka berhenti menghina ibunya sehingga ada yang menyifatkan wanita tersebut tidak pandai mendidik anak.

Masih lagi terpalit dengan kontroversi yang ternyata memberi impak kepada perjalanan seni penyanyi lagu 'Sabar' itu didakwa masih belum menjelaskan bayaran penginapan hotel kepada pelakon Zarina Anjoulie.

Sementara itu dia juga sempat berseloroh mengenai bab bayaran penginapan bilik hotel yang berharga lebih RM300 itu dengan ayat – "RM300 tu kita boleh bank in, transfer je" – selain menyatakan bahawa perkara berkenaan adalah gurauan semata-mata.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Melodi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: