17 September 2018

"ITU BUKAN SAYA" - AERIL ZAFREL JAWAB ISU FOTO 'PANAS'


"Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini. Wawollahi Watallohi Wabillahi ITU BUKAN SAYA. Biarlah ALLAH yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini.





"Sunat pun tak lagi yg dlm gambar tu. 😎😣," demikian kata pelakon Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya yang menafikan foto bogel itu adalah dirinya.

Foto 'selfie' seorang lelaki tanpa seurat benang dengan 'posing' menggiurkan di atas katil mula menjadi topik hangat diperkatakan netizen sejak semalam lagi.

Klik untuk gambar besar


Ramai yang terkejut melihat foto terbabit yang didakwa mirip sekali Aeril Zafrel. Ada juga yang terkilan bagaimana Aeril boleh terlibat dalam perkara sebegini sedangkan beliau dikenali dengan gaya serta penampilan islamik.

Namun, ada juga yang mengatakan ia adalah gambar lama dan mungkin sahaja pelanduk dua serupa.

Kita fikir positif sahaja, dalam dunia ini memang ada orang yang lebih suka untuk melihat seseorang itu jatuh tersungkur dan tidak mustahil foto yang tersebar itu sudah diedit.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: