17 September 2018

LAGU 'BOBO DIMANA' - ALIFF SYUKRI NAFI CIPLAK


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak mahu membiarkan netizen terus membuat tuduhan liar, telah menjawab pertanyaan berhubung isu lagu 'Bobo Dimana' yang didakwa diciplak daripada lagu 'Semalem Bobo Di Mana' nyanyian asal Roy Ricardo.





Aliff memberitahu, tiada siapa yang ciplak, cuma tajuk sahaja yang sama.telah menafikan lagu 'Bobo Dimana' nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.

"Lagu itu jauh sekali berbeza dan lagu itu bukan tiada siapa yang ciplak cuma tajuk sama.. composer dan penulis lirik semua orang Indonesia, mana saya tahu.. Saya penyanyi saja," jawabnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Lucinta Luna turut menafikan bahawa mereka menciplak lagu tersebut dan mendakwa penyanyi asal sengaja mahu menumpang populariti 'Bobo Dimana'.

Lagu nyanyian Roy Ricardo itu dilancarkan pada 24 April 2014 dan setakat ini mendapat jumlah tontonan mencecah 5.5 juta. Manakala, lirik video lagu Aliff Syukri yang dimuat naik pada 5 September lalu sudah mencecah 6.6 juta tontonan.

'Bobo Dimana' sebelum ini menerima kecaman hebat apabila netizen mendakwa muzik video tersebut dikatakan penuh dengan unsur lucah dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: