14 September 2018
JENAMA SAJAT DIPILIH AIRASIA UNTUK BEKERJASAMA
Menerusi laman Instagram, usahawan dan penyanyi Nur Sajat telah berkongsikan berita gembira dimana syarikat penerbangan tambang murah popular iaitu AirAsia memilih produk jenamanya serta menjalin kerjasama untuk membekalkan produk bengkung kepada kru penerbangan.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, ramai yang mengagumi Sajat di atas pencapaiannya sebagai usahawan yang berjaya. Bermula dengan memperkenalkan produk kecantikan, bengkung, kini Sajat mempunyai perniagaan emasnya sendiri.
Sajat turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada AirAsia di atas kepercayaan tersebut dan sangat teruja kerana produk jenamanya akan terbang ke awan biru.
Klik untuk gambar besar
Ujar Sajat lagi, produknya itu akan ddiedarkan kepada semua kru penerbangan Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.
Apapun, ini adalah rezeki untuknya dan siapa kita untuk memperkatakan mengenai rezeki seseorang. Lebih baik jika kita mendoakan yang baik-baik daripada terus mengata atau menafikan tentang kejayaan orang lain.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Sajat
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment