Kira-kira pukul 2.43 pagi Jumaat, dunia hiburan telah kehilangan bakat besar iaitu pelakon dan pelawak terkenal, Acappan yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Menurut anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Taman Puchong Utama.
Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.
Klik untuk gambar besar

Acappan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan terbitan RTM.
Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia melalui Setiausaha Agungnya iaitu Hafiz Nafiah melahirkan rasa dukacita atas kematian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment