16 September 2018

JENIS AKTIF & TAK BIASA PERLAHAN - ELIZAD GUNA KERUSI RODA


Bagi memudahkan pergerakan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst, minggu lalu, pelakon Siti Elizad memberitahu yang dia memilih menggunakan kerusi roda.





Elizad, 34, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata, tindakannya itu disebabkan dia tidak boleh 'duduk diam' selain sentiasa ingin keluar rumah.

"Saya boleh jalan macam biasa, cuma kena perlahan-lahan. Tapi saya jenis yang aktif dan tak biasa jalan perlahan. Jadi, saya ambil keputusan menggunakan kerusi roda. Cepat sikit pergerakan.

"Saya juga jenis tidak boleh duduk diam. Selepas diberitahu saya kena banyakkan rehat macam orang berpantang, kepala otak saya 'jammed' sekejap.

"Kalau perasan di Instagram, banyak juga aktiviti dalam dan luar rumah saya buat. Bezanya saya kena pakai kerusi roda. Kalau tidak, mungkin orang tak tahu saya baru lepas menjalani pembedahan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas 10 hari menjalani pembedahan kali kedua membuang ketumbuhan itu, Elizad yang juga juara program Gempak Superstar berkata, dia beransur sembuh.

Menurut Elizad, dia juga sudah mulai mendapat tawaran berlakon dan bakal kembali ke lokasi penggambaran bulan depan.

"Orang sakit kena rehat, tetapi saya sibuk baca skrip. Alhamdulillah, ada tiga tawaran berlakon drama diterima. Insya Allah, bulan depan saya cukup sihat untuk kembali bekerja.

"Saya tidak sabar nak memulakan aktiviti dan rutin seharian seperti sebelum ini. Namun, ada hikmah juga saya menjalani pembedahan kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama suami dan keluarga," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: