16 September 2018

PILIHAN NAMA 'JEBAT' - SHARNAAZ AHMAD DEDAH SEBABNYA


"Sebenarnya nama itu tak ada maksud apa pun, yang ada maksud Ahmad sahaja. Saya meminati sejarah Melayu dan tertarik dengan kehebatan pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.





"Daripada muda lagi saya memang minat nama Jebat, sampaikan berlakon pun bawa watak Jebat, jadi itu fasal dapat anak pun diberi nama Jebat.

"Jayden pula pilihan Nabilah, saya ikut sahajalah sebab nama pertama saya dah pilih," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjelaskan kenapa nama 'Jebat' itu menjadi pilihan buat anak sulungnya yang lahir pada tanggal 30 Ogos lalu itu.

Sharnaaz, 33, berkata dia memilih nama berkenaan kerana tertarik dengan sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu bernama Jebat.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia sudah berbincang dengan isterinya mengenai nama anak sebelum mereka berkahwin lagi.

Klik untuk gambar besar


"Sebelum kahwin lagi saya dah beritahu Nabila mahu pilih nama anak jika anak sulung kami adalah lelaki... itu memang hajat saya!

"Lepas ini kalau tambah anak kedua, ketiga dan seterusnya terpulanglah kepada dia untuk bagi nama apa pula," tuturnya.

Ditanya jumlah cahaya mata yang diingini, Sharnaaz meletakkan soal tersebut kepada rezeki. Bagaimanapun, dia memberitahu Nabila penah meletakkan impian untuk memiliki lima cahaya mata.

Sharnaaz dan Noor Nabila yang bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: