15 September 2018

KUTIP DERMA TANPA PENGETAHUAN INTEAM - SUHAIMI SAAD DIKRITIK


Menerusi Beautifulnara, Suhaimi Saad telah dikritik oleh seorang netizen yang tidak puas hati kerana beliau telah melancarkan sebuah tabung bagi mengutip derma untuk kos penganjuran Konsert Reuniteam tanpa pengetahuan ahli Inteam yang lain.





Konsert tersebut berlangsung malam semalam di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Ia menggabungkan empat ahli kumpulan In-Team iaitu Syam, Amin, Syah dan Rahim bersama Suhaimi yang merupakan bekas anggota Inteam di mana mereka mempersembahkan 15 buah lagu.

Menjawab persoalan netizen, Inteam kemudiannya menerangkan bahawa pelancaran tabung itu tanpa persetujuan dan pengetahuan ahli Inteam sejak awal.

Tiket konsert Reuniteam telah dijual pada harga RM100 (Gold), RM50 (Silver) dan RM20 (Bronze). Ia bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan muzik nasyid kepada khalayak, tetapi ia juga salah satu medium dakwah kepada masyarakat.

Dewan yang digunakan sebagai lokasi konsert tersebut mampu memuatkan 900 orang penonton.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: