15 September 2018
"ALHAMDULILLAH..." - LAN LEGA PEMULIHAN ANAK SANGAT POSITIF
Anak keempat kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu sebelum ini disahkan doktor mengalami bibir sumbing.
Kata Lan, dia bertambah lega apabila anak perempuan yang kini berusia tujuh bulan itu menunjukkan pemulihan positif pada bibirnya selepas menjalani pembedahan bibir sumbingnya di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu.
Sebelum ini, bayi perempuan yang dilahirkan pada 24 Februari lalu disahkan doktor mengalami bibir sumbing.
Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, ketika dihubungi berkata, pada masa ini dia dan isteri masih perlu memantau kesan pembedahan pada bibir anaknya itu.
"Penting untuk kesan bedah itu dipantau bagi memastikan tidak bengkak dan tiada rekahan di lelangit juga.
Klik untuk gambar besar
"Setakat ini, syukur Alhamdulillah pemulihan yang ditunjukkan anak saya sangat positif dan dia juga aktif seperti bayi lain seusianya.
"Nur Amna Quxandra sudah meniarap dan kalau dimasukkan dalam 'walker', lagi ligat dia berjalan. Malah, pantang nampak kelibat saya dan isteri, dia terus angkat dua tangan minta kami dukung. Seronok lihat dia gembira," katanya.
Ditanya mengenai temu janji doktor, Lan memberitahu ia tidak boleh diabai dan perlu mengikut tarikh ditetapkan.
Selain Nur Amna Quxandra, Lan dan isteri, Sheila dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment