15 September 2018

SEKIAN LAMA - ANUAR ZAIN KINI PUNYAI INSTAGRAM SENDIRI


"15th February 1990 Eh! 15th February 1970 bersamaan 8 Zulhijjah 1389 Hijrah Comelnya... anak siapalah ni Finally.. my first post! ?? Hello everyone! 12.9.18!" tulis penyanyi Anuar Zain bersama sekeping foto throwback hitam putih ketika zaman kanak-kanak.





Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu akhirnya memutuskan untuk mencipta akaun peribadi Instagramnya setelah sekian lama.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Keabadian Cinta' itu mula menggunakan aplikasi itu sejak 12 September lalu.

Akaun yang menggunakan nama @anuarzain70 itu sehingga kini memuatkan lima keping foto dengan jumlah pengikut 3,000 orang.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, anak sepupunya, Ernie Zakri sempat mempromosi akaun Instagram itu menerusi Instastory malam semalam.

Anuar sebelum ini menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat.

Akaun tersebut ditubuhkan sejak 7 September 2016 untuk tujuan promosi konsertnya ketika itu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Anuar Zain


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: