15 September 2018

DIPERSOAL PANGGILAN 'KAU' PADA SUAMI - SYATILLA BERSUARA


Meskipun digelar sebagai biadap dan kasar dek kerana kerana panggilan 'kau' kepada suami dalam satu video dimuatnaik baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin berpendapat rasa hormat kepada pasangan bukanlah diukur daripada panggilan.





Kata Syatilla, dia dan suaminya, pelakon SHaheizy Sam memahami dan menghormati antara satu sama lain. Malah, hubungan mereka sudah terjalin lebih 10 tahun sebelum berkahwin.

"Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan 'aku' dan 'kau' bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

"Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri 'aku' dan 'kau', itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

"Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai biadap atau kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya.

Klik untuk gambar besar


"Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah pihak, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas. Ia sekadar gelaran mesra kami suami-isteri, bukanlah pengukur kebahagiaan hubungan rumah tangga," katanya.

Dakwaan berkenaan timbul apabila Shaheizy Sam memuatnaik video yang menunjukkan Syatilla memanggilnya 'kau' membuatkan netizen tidak senang. Ada yang menganggap Syatilla tidak menghormati Sam sebagai suami.

Sam dan Syatilla yang kini sedang hamil anak kedua itu mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syeriv Shamheizy.

Setiap pasangan mungkin ada berlainan cara untuk berkasih sayang dan mungkin ini cara bagi Syatilla dan Sam. Kalau dilihat hubungan pasangan ini juga, mereka nampak lebih bersahaja seperti kawan.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: