14 September 2018

#GODBLESSAMERICA - AWAL ASHAARI TERUK DIKECAM


Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Awal Ashaari sempat berkongsi beberapa foto beliau mengunjungi tempat menarik di New York dan juga turut terserempak dengan selebriti antarabangsa terkemuka di sana.





Difahamkan, bapa kepada Lara Alana itu bukan hanya bercuti tetapi pada masa yang sama juga turut menyertai pertunjukkan New York Fashion Week.

Secara kebetulan juga, Awal dan isterinya Scha Al Yahya turut berpeluang untuk memperingati ulangtahun ke-17 tragedi serangan 9/11 ke atas bangunan World Trade Centre yang meragut ribuan nyawa.

Umum mengetahui sejak daripada insiden itu, ramai orang Islam di dunia khususnya di Amerika Syarikat dihantui dengan terma Islamophobia, dimana pihak Barat melihat agama Islam penuh dengan kebencian serta kekerasan.

Klik untuk gambar besar


Tindakan Awal pula yang memuatnaik foto 'Moment Of Silence' ketika mengenangkan peristiwa itu dengan menggunakan hashtag #GodBlessAmerica mengundang rasa kurang senang dikalangan netizen.

Ada yang menganggap Awal sudah lupa diri dan mengkhianati agamanya sendiri dan sedara sesama Islam yang teruk diperlakukan oleh Amerika Syarikat contohnya di Gaza dan Syria.

Mungkin Awal tiada sebarang niat buruk seperti yang disangkakan, kita pandang daripada sudut 'humanity' dan cuba berfikir positif. Malah, ia hanya mesej bersimpati terhadap mereka yang terkesan dengan tragedi hitam itu.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: