14 September 2018

"MINAH DAGU SENGET REKA CERITA" - ZARINA ANJOULIE


Pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sebelum telah didakwa oleh seorang pengguna Instagram yang mendakwa mukanya dan seorang rakannya diludah oleh pasangan kawan baik tersebuit yang mencari gaduh dengan mereka di sebuah kelab di ibu kota.





Pengguna Instagram yang dikenali Eka Zahidin itu turut mendakwa Fathia dan Zarina 'mabuk teruk', malah Fathia telah menayangkan payudara semasa kejadian tersebut.

Fathia telah memuatnaik satu gambar mengenai 'konspirasi' di laman Instagramnya seolah-oleh memberi bayangan ada pihak yang berkonspirasi ingin menjatuhkannya.

Pelakon Ariana Rose itu kemudian memadamkan gambar tersebut apabila dikecam pengguna-pengguna laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Bagi Zarina pula, dia menghentam Eka dan menggelar gadis itu 'minah dagu senget' yang mencari pasalnya. Antara lain, Zarina menggelar gadis itu 'penagih ice' yang mereka-reka cerita.

Malah Zarina mendakwa Eka hanyalah gadis biasa yang tinggal di rumah papan tetapi menunjukkan hidup gah di laman Instagram.

Zarina juga mencabar Eka untuk meminta bukti rakaman kamera litar tertutup dari kelab yang juga restoran makanan Jepun tersebut.



Sementara itu, melalui Instagram Story, Eka mendakwa dia tiada niat memviralkan mereka dan tidak pernah pedulikan mereka.

Sebaliknya, dia menceritakan mengenai hal tersebut kerana Zarina dan Fathia mencari gaduh dengannya. Sementara itu di Twitter, seorang netizen juga mendakwa mereka mabuk malam itu.

Apa-apapun, kini terpulang pada anda membuat penilaian siapakah yang berkata benar. Kita semua, siapa pun yang betul atau salah, macam ni juga. Tak gitu?










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: